PBTSELANGOR

Sambung binaan, ubah suai premis perlu kelulusan

SHAH ALAM, 25 APRIL: Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) memaklumkan sebarang ubah suai dan pembangunan yang telah diluluskan dalam kawasan pentadbirannya akan diberikan lanjutan masa mengikut tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Bagaimanapun, menurut MBSB, sebarang sambungan kerja-kerja pembangunan perlu mengemukakan salinan kelulusan daripada Kementerian Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

“Kerja baik pulih bangunan yang melibatkan keselamatan pemilik rumah atau premis perlu mengemukakan permohonan di Jabatan Kawalan Bangunan MDSB terlebih dahulu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh dikemukakan di messanger Facebook MDSB atau emel [email protected].

Sebelum ini, kerajaan bersetuju membenarkan tambahan beberapa sektor ekonomi beroperasi secara berperingkat dengan garis panduan penjagaan kesihatan dan kawalan pergerakan yang ketat.

Sektor berkenaan adalah industri automotif; industri mesin dan peralatan; industri aeroangkasa; projek pembinaan dan perkhidmatan berkaitan pembinaan; perkhidmatan sains, profesional dan teknikal termasuk penyelidikan dan pembangunan (R&D); perkhidmatan kesihatan sosial termasuk perubatan tradisional yang berdaftar; perkhidmatan kedai hardware, kedai barangan elektrik dan elektronik dalam pemborongan dan peruncitan; serta perkhidmatan dobi.


Pengarang :