Dato’ Menteri Besar mengadakan perbincangan terhad di Bangunan SUK pada 24 April 2020. Foto Sumber: Facebook Dato’ Seri Amirudin Shari
BERITA UTAMASELANGOR

Sedia tangani siswa ke kampung, rakyat kembali ke Selangor

SHAH ALAM, 24 APRIL: Selangor membuat persiapan berdepan pergerakan besar siswa pulang dari kampus dan penduduk yang mahu kembali ke negeri ini.

Langkah ini juga diambil selepas kerajaan persekutuan bercadang ingin membenarkan beberapa sektor industri tertentu beroperasi semula.

Susulan pengumuman perdana menteri malam tadi, Dato’ Menteri Besar mengadakan perbincangan terhad hari ini untuk berdepan pergerakan orang ramai itu.

“Penelitian ini dilakukan susulan pengumuman Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung pelanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa keempat sehingga 12 Mei depan,” jelas Dato’ Seri Amirudin Shari.

Perdana menteri menjelaskan kerajaan ingin membenarkan kira-kira 100,000 mahasiswa pulang ke kampung dan juga mereka yang terkandas sejak PKP pulang ke rumah.

Dalam kenyataan di Facebook pagi ini, Amirudin berkongsi foto mesyuarat penyelarasan itu yang membabitkan, antaranya agensi keselamatan dan kesihatan.

“Kerajaan Negeri akan memberi makluman berhubung beberapa perkembangan hasil perbincangan pagi ini,” kata Dato’ Menteri Besar.

PKP bermula pada 18 Mac lalu tetapi dilanjutkan sehingga pertengahan Mei ini. Namun kerajaan mencadangkan beberapa kelonggaran tersebut.


Pengarang :