MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di Selangor serta beberapa negeri.
AGENSISELANGOR

Selangor diramal hujan, ribut petir hingga Ahad

SHAH ALAM, 14 APRIL: Selangor diramal mengalami hujan dan ribut petir hingga Ahad ini, lapor Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) hari ini.

Lokasi itu membabitkan semua daerah iaitu Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Petaling, Kuala Langat, Sepang, Gombak, Hulu Langat dan Hulu Selangor.

Keadaan dijangka berlaku pada waktu petang sementara pagi dan malam tiada hujan dilaporkan.

Begitupun kecuali Gombak, Hulu Langat dan Hulu Selangor, semua daerah lain dijangka mengalami cuaca panas pada esok.

Orang ramai boleh melayari laman sesawang www.met.gov.my untuk mendapatkan maklumat terbaharu mengenai keadaan cuaca semasa di negeri ini.


Pengarang :