Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Amirudin Shari ketika menyampaikan sumbangan keperluan asas kepada golongan yang terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Dewan Serbaguna MPAJ AU5, Keramat pada 11, April 2020. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
BERITA UTAMASELANGOR

Selangor rangka bantuan, atasi kesan buruk wabak

HULU KLANG, 11 APRIL: Kerajaan Selangor sedang merangka bantuan untuk rakyat selepas wabak Covid berakhir berikutan kesannya dijangka lebih parah, kata Dato’ Menteri Besar.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata perkara itu menjadi fokus kerajaan pimpinannya pada masa ini selain melancarkan pelaksanaan Pakej Rangsangan Ekonomi Selangor Prihatin Covid-19 fasa satu dan dua.

“Kerajaan Negeri sedang merangka bantuan pasca atau selepas Covid-19 sebab kesannya lebih parah dan lebih mendalam kepada masyarakat serta komuniti,” katanya ditemui selepas menyampaikan bantuan kepada penduduk di Dewan Undangan Negeri (DUN) Hulu Klang di Lembah Keramat di sini hari ini.

Dato’ Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Amirudin Shari menyampaikan sumbangan keperluan asas kepada golongan yang terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Dewan Serbaguna MPAJ AU5, Keramat pada 11, April 2020. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

Beliau berkata pihaknya mahu bantuan dalam dua Pakej Rangsangan Ekonomi Selangor Prihatin sampai kepada golongan sasaran terlebih dahulu sebelum mengkajinya semula susulan lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kepada 28 April ini.

“Selepas kita menyelesaikan hampir keseluruhan kerana ada antaranya membabitkan pemberian kewangan dan sumbangan itu, kita akan selesaikan dalam masa terdekat atau dua minggu,” katanya.

Dua Pakej Rangsangan Ekonomi Selangor Prihatin diumumkan Amirudin pada 20 Mac dan 1 April lalu keseluruhannya berjumlah RM400 juta menyediakan pelbagai inisiatif untuk memerangi Covid-19 dan meringankan beban rakyat.


Pengarang :