Gambar pertemuan Dato’ Seri Amirudin Shari dan Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz di Putrajaya pada 23 April 2020. Foto Facebook AMIRUDIN SHARI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Selangor rangka pelan rangsangan ekonomi pasca Covid-19 – MB

SHAH ALAM, 23 APRIL: Kerajaan Selangor merangka pelan rangsangan ekonomi pasca Covid-19 sebagai persediaan semua pihak mengharungi ekonomi yang diramal getir selepas wabak berkenaan, kata Dato’ Menteri Besar.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata pelan itu dirangka bagi membantu rakyat Selangor dan secara tidak langsung memastikan pertumbuhan ekonomi negeri terus kekal stabil.

“Justeru, kerjasama Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri amat penting bagi memastikan rakyat menerima manfaat selain bersedia mengharungi kedudukan ekonomi yang getir akibat Covid-19,” katanya menerusi kenyataan di Facebook hari ini.

Sebelum itu, Amirudin bertemu Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz di Putrajaya.

Sementara itu, Tengku Zafrul menerusi Twitter berkata beliau berharap Kerajaan Selangor dan kementeriannya akan dapat terus bekerjasama bagi membangunkan ekonomi negara.

“Moga dapat terus bekerjasama dalam usaha melindungi rakyat, menyokong perniagaan dan memperkukuhkan ekonomi,” tulisnya.


Pengarang :