Pasukan Petugas Kesihatan Selcare menjalankan Saringan Komuniti Covid-19 dari rumah ke rumah di Rantau Panjang, Klang pada 19 April 2020. Foto ASRI SAPFIE/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Selangor rekod 12 kes import Covid-19

SHAH ALAM, 30 APRIL: Selangor merekodkan 27 kes baharu Covid-19 hari ini tetapi 12 daripadanya melibatkan kes import, menurut data Bilik Gerakan Negeri Selangor (BGNS).

Berdasarkan data BGNS, 12 kes tersebut melibatkan rakyat Malaysia yang baru pulang dari Emeriah Arab Bersatu (UAE).

“Bagi kes tempatan pula, Gombak merekodkan kes baharu tertinggi iaitu 12, Petaling (2) dan Hulu Langat (1) menjadikan jumlah keseluruhan kes yang masih dirawat di Selangor adalah 154.

“Jumlah keseluruhan kes di Selangor pula adalah 1,431 manakala 1,233 kes telah pulih sepenuhnya dan dibenarkan keluar wad,” jelas BGNS.

Malaysia merekodkan 57 kes baharu Covid-19 hari ini dengan 25 daripadanya melibatkan kes import.

Semalam 94 kes Covid-19 direkodkan dengan 72 daripadanya kes import membabitkan warganegara dan pelajar Malaysia yang pulang dari Indonesia.

Malaysia merekodkan jumlah kes positif harian kurang dari 100 sejak 17 April lalu. Kementerian Kesihatan Malaysia menyasarkan jumlah kes harian Covid-19 turun kepada satu angka pertengahan Mei ini.


Pengarang :