Dato’ Seri Amirudin Shari mengumumkan Pakej Rangsangan Selangor Prihatin 2.0 di kediaman rasmi Dato’ Menteri Besar, Shah Alam pada 1 April 2020. Foto ASRI SAPFIE/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Selepas Covid-19, dunia diramal alami krisis ekonomi – MB

SHAH ALAM, 3 APRIL: Krisis ekonomi dunia dijangka berlaku selepas berakhirnya ‘perang’ wabak Covid-19 kerana perkembangan semasa turut menjejaskan negara-negara besar seperti China dan Amerika Syarikat (AS), kata Dato’ Seri Amirudin Shari.

Dato’ Menteri Besar berkata penularan wabak ini seharusnya dijadikan pengajaran semua pihak untuk lebih bersedia menghadapi fasa seterusnya terutama membabitkan aspek keselamatan makanan ketika berdepan bencana atau musuh tanpa senjata seperti Covid-19.

“Saya lihat kuasa besar seperti China dan AS berdepan situasi buruk termasuk negara yang membekalkan sumber tenaga kerja seperti Indonesia. Keadaan ini memerlukan satu dimensi baharu tentang bentuk pengurusan ketika berdepan detik seperti ini.

“Perang masa hadapan bukan berkisar kepada perang dagang tetapi peperangan seperti Covid-19 memberikan pengajaran supaya kita lebih bersedia,” katanya ketika diwawancara menerusi program Cendol Pak Ya semalam.

Beliau berkata pihak kerajaan mahupun pembangkang perlu lebih matang dalam memikirkan politik pentadbiran seperti perlu bertindak lebih positif untuk bergerak ke hadapan terutama selepas mengharungi detik sukar.


Pengarang :