Petugas Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) melakukan proses nyah cemar di Pasar MBSA Pekan Subang, Shah Alam pada 29 Mac 2020. Foto ASRI SAPFIE/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Semua kawasan zon merah jalani proses nyah cemar

SHAH ALAM, 7 APRIL: Semua kawasan zon merah sudah menjalani proses nyah cemar bagi membendung penularan Covid-19 setakat hari ini, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan).

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah melaksanakan 666 operasi di 79 zon termasuk 18 zon merah dan 21 zon jingga sejak 30 Mac lalu.

“Semalam, sebanyak 102 operasi nyah cemar merangkumi 48 zon di 13 negeri termasuk 32 di Johor dan 14 di Kuala Lumpur sudah dilaksanakan,” katanya pada sidang media Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Berkenaan Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Putrajaya di sini hari ini.

Mengulas mengenai pusat kuarantin, beliau berkata, sebanyak 122 pusat kuarantin beroperasi setakat semalam yang mana seramai 7,500 individu sedang menjalani proses kuarantin wajib.

“Individu tersebut termasuk 233 rakyat Malaysia yang baharu pulang ke tanah air dari luar negara,” katanya.


Pengarang :