Beberapa pokok tumbang selepas angin kencang melanda sekitar pusat bandar raya Shah Alam pada 21 April 2020. Foto ihsan MBSA
PBTSELANGOR

Shah Alam dilanda ribut, kenderaan rosak dihempap pokok

SHAH ALAM, 22 APRIL: Beberapa kenderaan rosak dihempap pokok ketika hujan lebat berserta ribut  di sekitar pusat bandar raya ini petang semalam.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) Shahrin Ahmad berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pokok tumbang kira-kira jam 5 petang.

“Pokok tumbang banyak berlaku di Seksyen 9, 16, U8 dan U2.

“Skuad Pasukan Tindakan Segera (Pantas) MBSA dihantar ke lokasi sebelum memotong dan mengalihkan pokok serta dahan ke tepi jalan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, dalam kejadian pokok tumbang di Seksyen 16, Shahrin berkata pihaknya turut dibantu anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan polis yang mengawal trafik serta lalu lintas.

“MBSA mengucapkan terima kasih kepada ATM dan polis yang membantu mengawal lalu lintas. Tindakan itu mempercepatkan kerja pemotongan, pengalihan pokok yang melintang jalan,” katanya.


Pengarang :