AGENDAGLOBAL

Singapura hargai Malaysia bawa pulang 22 warganya dari Nepal

SINGAPURA, 5 APRIL: Kerajaan Singapura menzahirkan rasa terima kasih kepada Kerajaan Malaysia dan Kedutaan Besar Malaysia di Kathmandu kerana bersetuju memenuhi permintaan untuk menempatkan warga Singapura dalam penerbangan balik dari Nepal.

“Seramai 22 warga Singapura tiba dengan selamat di Singapura malam tadi dari Kathmandu, Nepal,” kata Kementerian Luar republik itu dalam satu kenyataan di sini.

Kementerian itu berkata warga Singapura berkenaan menaiki pesawat yang disediakan Kerajaan Malaysia untuk membawa pulang rakyatnya dari Kathmandu ke Kuala Lumpur dan mereka kemudian pulang ke Singapura dari Kuala Lumpur.

– BERNAMA


Pengarang :