AGENDANASIONAL

SPM, STAM dan SVM ditunda awal tahun depan

SHAH ALAM, 15 APRIL: Tarikh peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) akan ditunda kepada suku pertama tahun depan, kata menteri kanan kluster pendidikan.

Dr Mohd Radzi Jidin berkata tarikh peperiksaan semester dua bagi Sijil Tinggi Persekolahan (STPM) juga diubah kepada Ogos manakala semester tiga pada suku pertama tahun depan.

Peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) juga akan diadakan dalam suku pertama tahun 2021.

“Menyedari bahawa penundaan tarikh peperiksaan ini akan memberi kesan kepada kemasukan ke peringkat pengajian tinggi. Kementerian Pendidikan (KPM) dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bersetuju untuk menangguhkan tarikh kemasukan baharu ke institusi pengajian tinggi (IPT) bagi program asasi, matrikulasi dan peringkat diploma sehingga Julai atau Ogos 2021, manakala program ijazah pada September atau Oktober 2021,” katanya pada sidang media hari ini.


Pengarang :