Penduduk berdiri di koridor asrama Selatan Tuas yang menempatkan perkerja asing yang dikawal ketat kerajaan Singapura ekoran penularan wabak Covid-19 pada 19 April 2020. Foto AFP
AGENDA NASIONAL

Status pekerja Malaysia, kerajaan bincang dengan Singapura

SHAH ALAM, 22 APRIL: Kementerian Sumber Manusia akan berbincang dengan kerajaan Singapura berhubung status pekerja warga Malaysia di republik itu, kata menteri kanan (kluster keselamatan).

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata ia susulan langkah pencegahan lebih ketat dilaksanakan di republik berkenaan selain dilanjutkan sehingga 1 Jun.

“Kita belum mendapat maklumat daripada kerajaan Singapura mengenai kepulangan rakyat Malaysia secara beramai-ramai.

“Menteri Sumber Manusia akan berunding dengan rakan sejawatannya, adakah (rakyat Malaysia) yang diberi cuti tanpa gaji akan pulang, kalau pulang pun kita akan pastikan secara berperingkat,” katanya pada sidang akhbar harian di Putrajaya hari ini.

Ismail Sabri berkata kerajaan sudah mengambil langkah awal jika berlaku kepulangan rakyat Malaysia serana beramai-ramai dari Singapura, dengan menyediakan 10,000 bilik untuk tujuan kuarantin.

Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong semalam mengumumkan langkah pemutus rantaian iaitu pencegahan lebih ketat dilaksanakan untuk menangani Covid-19 dilanjutkan empat minggu lagi sehingga 1 Jun 2020.

Dalam ucapannya mengenai situasi Covid-19, Hsien Loong berkata ia bertujuan mengurangkan jumlah kes tidak berkaitan yang ‘mereka tidak tahu bagaimana seseorang dijangkiti, atau daripada siapa’.


Pengarang :