Dua pekerja stesen minyak Petronas Kampung Baru Subang menyediakan beras percuma kepada golongan memerlukan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan. Foto ihsan Petronas Kampung Baru Subang
AGENSISELANGOR

Stesen minyak beri beras percuma kepada golongan susah

SHAH ALAM, 13 APRIL: Bagi sama-sama meringankan beban golongan yang terjejas ketika tempoh Perintah Larangan Pergerakan (PKP), stesen minyak Petronas Kampung Baru Subang mengambil inisiatif menyediakan beras percuma, kata pengurusnya.

Cheng Keng How berkata beras setengah kilogram setiap bungkus  disumbangkan kepada semua orang termasuk warga asing sehingga tamat PKP fasa ketiga pada 28 April.

“Agihan dimulakan hari ini  dengan 100 bungkus beras diletakkan di stesen minyak ini buat mana-mana keluarga yang memerlukan.

“Sumbangan beras boleh diambil dbermula jam 8 pagi hingga 8 malam dan tiada syarat,” katanya ketika dihubungi SelangorKini.

Bagaimanapun, Keng How berkata, sumbangan tersebut terhad sebungkus untuk satu keluarga.

Katanya, jika ada orang lain yang juga ingin memberi sumbangan barangan keperluan lain, mereka dialu-alukan untuk datang meletakkan barang sumbangan tersebut di stesen minyak ini.


Pengarang :