Imam-imam Masjid Negeri berdoa setelah selesai berselawat dan zikir ketika Program Rakyat Selangor Berdoa berikutan Perintah Kawalan Pergerakan bagi mengawal penularan Covid-19 di Masjid Negeri, Shah Alam pada 30 Mac 2020. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Sultan titah ‘Rakyat Selangor Berdoa’ sampai 23 April

SHAH ALAM, 4 APRIL: Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor berkenan agar program Rakyat Selangor Berdoa bagi memohon Allah mengangkat musibah wabak Covid-19 diteruskan sehingga 23 April ini.

Melalui tulisan di Facebook Royal Selangor Office hari ini, Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan bacaan doa dan munajat dilakukan setiap Isnin dan Khamis di masjid dan surau di seluruh negeri ini pada jam 8.50 malam.

Pada program malam pertama 30 Mac lalu, Imam Besar Masjid Negeri, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Muhammad Farhan Wijaya sebak ketika membaca doa.

“Sesungguhnya kami berlindung dengan-Mu daripada wabak Covid-19, segala penyakit, keburukan tingkah laku dan malapetaka.

“Ya Allah, hilangkanlah segala kesengsaraan kami, sembuhkanlah segala penyakit yang menimpa negara kami,” kata Muhammad Farhan menerusi doanya yang disiarkan secara langsung menerusi YouTube TVSelangor.

Program tersebut pada mulanya dijadual dari 30 Mac hingga 2 April.

 


Pengarang :