Ir Izham Hashim ketika ditemui media selepas meninjau tapak sampah haram di Taman Medan, Petaling Jaya pada 14 Januari 2020. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
EXCOSELANGOR

Susun semula pelan transformasi agro, kurangkan dampak pasca Covid

SHAH ALAM, 13 APRIL: Selangor dalam proses menyusun semula Pelan Transformasi Agro (PeTA) Negeri supaya ia berjalan seperti biasa susulan wabak Covid-19, kata EXCO pertanian.

Ir Izham Hashim berkata ia juga bagi memastikan pelaksanaannya dapat membantu mengurangkan dampak kepada rakyat pada pasca penularan Covid-19.

“Dalam mesyuarat lalu kita sudah luluskan untuk memanggil perunding berkaitan dan pakar ekonomi bagi membetulkan landasan supaya dapat menangani cabaran ketika serta pasca Covid-19.

“Kita buat persediaan untuk meminimumkan kesan kepada rakyat dan jajarkan kembali pelbagai program termasuk PeTA yang berjalan sehingga 2025,” katanya ketika diwawancara menerusi program Cendol Pak Ya, hari ini.

Katanya menerusi kajian itu Kerajaan Negeri akan melihat keperluan meningkatkan peruntukan yang sudah disalurkan dalam Pakej Rangsangan Ekonomi Selangor Prihatin fasa satu dan dua diumumkan Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Amirudin Shari.

Izham berkata Selangor menerima pujian daripada pelbagai pihak atas inisiatifnya membantu petani, penternak serta nelayan dan pada masa sama menyediakan barang mentah murah ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).


Pengarang :