Petugas kesihatan membuat ujian saringan kepada penduduk di Flat PKNS Kampung Baru, Kuala Lumpur pada 2 April 2020 susulan beberapa penghuni di situ dijangkiti Covid-19. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Tambah sukarelawan, saringan skala besar langkah KKM tangani Covid-19

SHAH ALAM, 3 APRIL: Menambah jumlah sukarelawan dan melakukan saringan berskala besar ke atas golongan berisiko adalah antara langkah diambil Kementerian Kesihatan (KKM) bagi menangani penularan Covid-19.

KKM menerusi Twitter memaklumkan tindakan seterusnya turut membabitkan penambahan peralatan seperti alat bantuan pernafasan, kit ujian dan penutup muka selain usaha kerajaan menambah kapasiti perkhidmatan kesihatan termasuk pusat saringan dan kuarantin, hospital serta menambah katil.

“Bagi terus mengekang wabak maut itu, KKM turut melaksanakan program pengurangan risiko di kawasan zon merah, jingga dan hijau seluruh negara.

“Tidak ketinggalan, kerjasama pelbagai agensi dalam melaksanakan aktiviti pendidikan kesihatan dan mengemas kini maklumat menerusi pelbagai saluran media,” katanya.

Setakat ini, Malaysia merekodkan 3,116 kes positif Covid-19, 50 kematian, 105 kes di unit rawatan rapi (ICU) manakala 767 discaj daripada wad.


Pengarang :