AGENSI BERITA UTAMA SELANGOR

Tarikh PSRA kekal 21 hingga 25 September – Jais

SHAH ALAM, 4 APRIL: Tarikh Penilaian Sekolah Rendah Agama (PSRA) di negeri ini kekal seperti dijadualkan sebelum ini, kata pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).

Mohd Shahzihan Ahmad berkata perkara itu sudah dibincang dan turut dimaklumkan kepada semua pihak melalui surat bertarikh 30 Mac lalu.

“PSRA akan dijalankan sama dengan tarikh ditetapkan iaitu bermula 21 hingga 25 September,” katanya kepada Selangorkini hari ini.

Pada 28 Mac lalu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengumumkan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia yang dijadualkan awal Oktober ini dipinda kepada November susulan lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Bagaimanapun, KPM mengekalkan tarikh Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) seperti ditetapkan bermula 1 hingga 8 September.


Pengarang :