Ilustrasi pasangan bernikah. Foto ARKIB SELANGORKINI
AGENSI SELANGOR

Terima panggilan tinggi, Jais minta beri laluan pasangan layak

SHAH ALAM, 22 APRIL: Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) meminta kerjasama supaya hanya pasangan layak memohon kebenaran khas akad nikah diberi laluan menghubunginya bagi mendapatkan penjelasan lanjut, kata unit korporatnya.

Dalam kenyataan media, agensi itu memaklumkan ada di antara pasangan berkaitan berdepan laluan sukar menembusi talian susulan peningkatan kadar panggilan sejak permohonan itu dibuka pada Isnin lalu dengan sebahagiannya membabitkan perkara tidak berkaitan.

“Jabatan memohon kerjasama semua pihak memberikan laluan kepada pasangan layak memohon serta mempunyai alasan munasabah dan sekiranya anda memerlukan khidmat nasihat bagi perkara lain seperti kursus pra perkahwinan, anda boleh menghantar e-mel pertanyaan kepada [email protected] ,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Pada 17 April lalu, Jais mengumumkan membenarkan pasangan sudah mendapat Kebenaran Berkahwin melangsungkan akad nikah dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang ditangguhkan sejak 18 Mac lalu.

Pasangan yang layak memohon kebenaran khas perlu memastikan kesemua dokumen diperlukan masih sah mengikut waktu iaitu kebenaran berkahwin oleh Jais dan jabatan agama islam negeri lain, ujian saringan HIV (enam bulan), perintah wali hakim/ bawah umur/ janda berhias (90 hari) dan visa berdasarkan surat pengesahan Jabatan Imigresen (jika berkaitan).


Pengarang :