Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Terowong sanitasi belum terbukti berkesan tangani Covid-19

SHAH ALAM, 12 APRIL: Belum ada bukti secara saintifik terowong sanitasi yang digunakan di beberapa negara termasuk Turki dan China berkesan membasmi Covid-19, kata ketua pengarah kesihatan.

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang menjalankan kajian bersama Pusat Penyelidikan Klinikal (CRC) dan Penyelidikan Klinikal Malaysia (CRM).

“Setakat ini memang tiada bukti saintifik atau klinikal menyatakan terowong ini berkesan. Kajian itu sedang dilaksanakan dan berharap kita akan dapat data,” katanya pada sidang media harian Covid-19 di Putrajaya hari ini.

Baru-baru ini ada portal melaporkan terdapat segelintir pihak memasang terowong itu di premis mereka sebagai langkah mencegah nyahcemar bagi mengekang penularan pandemik itu.

Terowong itu menggunakan kaedah semburan cecair berkabus mengandungi bahan sanitasi kuman disembur ke anggota badan individu yang melaluinya.


Pengarang :