Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Terus duduk di rumah, amal langkah pencegahan

SHAH ALAM, 2 APRIL: Rakyat diseru terus mematuhi arahan duduk di rumah dan mengamalkan langkah pencegahan serta kebersihan bagi mengekang penularan Covid-19, kata ketua pengarah kesihatan.

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata terdapat tanda awal wabak ini semakin pulih dan ia perlu terus ditingkatkan.

“Namun ia bergantung kepada rakyat dalam tempoh dua minggu ini,” katanya menerusi hantaran di Facebook semalam.

Graf perkembangan kes baharu di Malaysia menunjukkan rekod turun naik sejak seminggu lalu sehingga 31 Mac dengan jumlah tertinggi 235 kes direkodkan pada 24 Mac lalu.

Sehingga 1 April, Malaysia merekodkan 2,908 kes Covid-19 dengan 45 kematian dan 645 discaj.

Kerajaan sebelum ini mengumumkan lanjutan fasa kedua Perintah Kawalan Pergerakan sehingga 14 April selepas fasa pertama berakhir 31 Mac dengan mengetatkan beberapa peraturan bagi memutuskan rantaian wabak.


Pengarang :