Pasukan petugas perubatan menjalankan ujian saringan Covid-19 kepada penduduk di Hulu Langat pada 12 April 2020. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Terus duduk rumah jika tidak mahu PKP disambung lagi

SHAH ALAM, 15 APRIL: Fasa ketiga Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula hari ini menuntut kerjasama orang ramai agar terus kekal berada di rumah supaya tiada lagi rantaian baharu Covid-19 selepas ini.

Pasukan Petugas Pencegahan Covid-19 Selangor (STFC) melalui hantaran di Twitter memaklumkan, pelaksanaan PKP akan menjadi sia-sia jika masyarakat tidak mematuhi arahan tersebut.

“PKP tahap tiga bermula. Patuhi PKP, putuskan kes baharu, jika tidak sia-sia duduk di rumah enam minggu tapi terpaksa sambung PKP lagi.

“Pesan keluarga dan orang sekeliling. Tingkah laku dan sikap kita penentu kejayaan semua,” tulis pasukan itu.

Memasuki fasa ketiga PKP, kerajaan juga memberi amaran keras untuk menahan dan mendakwa mana-mana individu yang ingkar PKP.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan mengikut Seksyen 24 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) mahkamah boleh mengenakan hukuman penjara maksimum dua tahun jika ditahan berkaitan kesalahan ingkar PKP.


Pengarang :