Orang ramai membeli juadah berbuka puasa di bazar Ramadan Seksyen 13, Shah Alam pada 6 Mei 2019. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Tiada bazar Ramadan selagi PKP dilaksana

PUTRAJAYA, 3 APR: Semua bazar Ramadan tidak dibenarkan beroperasi selagi Perintah Kawalan Pegerakan (PKP) dilaksanakan, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Bagaimanapun, beliau berkata jika PKP ditamatkan, pihak Majlis Keselamatan Negara akan menyediakan tatacara operasi piawai (SOP) bagi menentukan perkara berkenaan.

“Kita akan sediakan SOP selepas PKP, maka soal berkaitan bazar Ramadan akan ditentukan selepas ini sama ada boleh dilaksanakan atau dilaksanakan dengan SOP-SOP tertentu.

“Cuma selagi PKP fasa 2 diteruskan atau tiba-tiba ada PKP lain, pasar Ramadan tidak dibenarkan,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Khas Menteri-menteri (Mengenai Perintah Kawalan Pergerakan) hari ini.

– BERNAMA


Pengarang :