KPDNHEP Gombak membuat pemeriksaan ke atas premis runcit di sekitar Gombak pada 11 April. Foto Sumber: Facebook KPDNHEP Selangor
AGENSISELANGOR

Tiada belian panik di Gombak susulan lanjutan PKP

SHAH ALAM, 11 APRIL: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Selangor memaklumkan tidak berlaku pembelian panik oleh pengguna di pasar raya sekitar Gombak susulan lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

KPDNHEP Selangor dalam kenyataan hari ini berkata hasil pemantauan dan tinjauan pagi tadi juga mendapati stok barangan keperluan di pasar raya mulai ditambah secara berperingkat.

“Pemantauan dilakukan di beberapa pasar raya iaitu Econsave Sungai Buloh, Hypermarket Mydin Selayang, Hypermarket Giant Batu Caves, Hypermarket Giant Taman Permata dan Supermarket Giant Bukit Antarabangsa.

“Hasil laporan pemantauan mendapati tidak berlaku pembelian panik di semua premis ini,” katanya.

1) Pasaraya Econsave Sungai Buloh

– Tidak berlaku pembelian panik, kemasukan pengunjung dihadkan.

-Stok telur habis, dijangka sampai hari ini.

-Stok barang kering mencukupi.

2) Hypermarket Mydin Selayang

-Tidak berlaku pembelian panik.

– Pembelian barangan keperluan dalam keadaan terkawal.

-Telur Gred A, B dan C (30 biji) tiada stok dan stok dijangka tiba Isnin. Telur Premiun 10-15 biji ada dijual.

3) Hypermarket Giant Batu Caves

– Tidak berlaku pembelian panik, hadkan kemasukan pelanggan.

-Semua barang keperluan cukup bekalan untuk hari ini.

-Hanya Telur Gred B (30biji) sahaja yang sampai hari, telur premium masih ada dijual.

4) Hypermarket Giant Taman Permata

-Tidak berlaku pembelian panik.

– Stok barang keperluan harian seperti telur, ayam, tepung, gula, beras, dan bawang cukup.

-Stok roti cukup

-Stok telur 30 biji, hanya Gred B sahaja. Gred A dan C (30biji) tiada stok.

– Telur premium masih dijual

5) Supermarket Giant Bukit Antarabangsa

-Tidak berlaku pembelian panik.

-Barang keperluan mecukupi.

-Tepung gandum kehabisan stok.


Pengarang :