AGENDANASIONAL

Tin minuman tidak selamat diguna masak lemang raya – KKM

SHAH ALAM, 28 APRIL: Tin minuman tidak selamat untuk digunakan semula sebagai bekas memasak termasuk lemang sempena Hari Raya Aidilfitri.

Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan Kementerian Kesihatan (KKM) mengingatkan orang ramai bahawa bahan makanan yang dimasak akan bertindak balas dengan bahan kimia dalam tin pada suhu panas.

 

“Beberapa hari lalu, ada perkongsian di satu akaun laman Facebook mengenai cara memasak lemang dalam tin minuman.

“Tin memang digunakan secara meluas sebagai salah satu teknik pembungkusan makanan atau minuman yang selamat tetapi tin tersebut tidak dibuat untuk digunakan semula sebagai bekas memasak.

“Ada risiko tinggi untuk berlaku pencemaran kimia pada makanan sekali gus boleh membahayakan kesihatan,” katanya dalam kenyataan semalam.

Justeru menurutnya, dalam keseronakan memasak ketika Ramadan, keselamatan makanan perlu sentiasa menjadi keutamaan.


Pengarang :