Orang ramai berdiri di kawasan ditetapkan untuk memastikan jarak sosial di dalam lif sebuah pusat beli-belah di Surabaya pada 19 Mac 2020, di tengah kebimbangan mengenai wabak Covid-19. Foto AFP
AGENDANASIONAL

Tujuh negeri tiada kes Covid-19, penting amal norma baharu

SHAH ALAM, 30 APRIL: Tiada kes baharu Covid-19 direkodkan di tujuh negeri hari ini, kata Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Menurut KKM negeri tersebut adalah Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Terengganu, Kelantan dan Sabah.

“Penting untuk kita semua disilpinkan diri mematuhi PKP. Norma-norma baharu dijadikan amalan seharian,” tulis KKM menerusi Twitter, hari ini.

Malaysia merekodkan jumlah kes positif harian kurang dari 100 sejak 17 April lalu. KKM menyasarkan jumlah kes harian Covid-19 turun kepada satu angka pertengahan Mei ini.

Pada 23 April lalu, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan PKP fasa ketiga yang tamat pada 28 April dilanjutkan sehingga 12 Mei 2020.


Pengarang :