Seorang pekerja membersihkan sebuah pangsapuri di DUN Bandar Utama bagi mencegah wabak Covid-19 pada 6 April 2020. Foto ihsan ADN Jamaliah Jamaluddin
ADNSELANGOR

Tujuh pangsapuri di DUN Bandar Utama dinyahkuman

SHAH ALAM, 7 APRIL:Tujuh pangsapuri kos rendah di bawah Dewan Undangan Negeri (DUN) Bandar Utama dibersihkan bermula pukul 10 pagi hingga 2 petang semalam, kata Ahli Dewan Negerinya (ADN).

Jamaliah Jamaluddin berkata kediaman terlibat ialah Pangsapuri Lily & Rose, Pangsapuri Taman Megah Mas, Pangsapuri Pelangi Ara, Pangsapuri Kayu Ara, Pangsapuri Sri Ara, Pangsapuri Permai dan Pangsapuri Damai.

Beliau berkata pemilihan tujuh pangsapuri tersebut mengikut cadangan ahli majlis, kepadatan penduduk selain kawasan itu belum terlibat dalam senarai kerja pembersihan oleh kerajaan atau pihak berkuasa tempatan.

“Kerja nyahkuman  dilaksanakan sebagai langkah keselamatan penduduk ketika musim wabak melanda. Saya harap ia dapat membantu mereka mencegah jangkitan virus Covid-19.

“Pada masa sama, semoga kerajaan tempatan dapat memberi tumpuan kepada semua pangsapuri kos rendah yang mempunyai kekangan kewangan untuk mengupah kontraktor bagi melakukan pembasmian kuman,” katanya dalam kenyataan.

Jamaliah turut memaklumkan Majlis Bandaraya Petaling Jaya melakukan kerja nyahkuman di beberapa pasar awam antaranya di Pasar Awam Kampung Chempaka, Pasar Awam Taman Megah dan Pasar Awam Sri Setia semalam.


Pengarang :