Profesor Ts Dr Chan Chin Han (kanan) menunjukkan cecair pembasmi kuman yang dihasilkan dengan kerjasama Sebar Dinamik Group Berhad. – Foto Facebook FSG
SELANGOR

UiTM hasilkan 1,200 botol cecair pembasmi kuman 

SHAH ALAM, 9 APRIL: Fakulti Sains Gunaan (FSG) Universiti Teknologi Mara (UiTM) menghasilkan 1,200 botol cecair pembasmi kuman untuk diedarkan kepada petugas barisan hadapan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Cecair berkapasiti 50 mililiter (ml) setiap satu tersebut dihasilkan dengan kerjasama Sebar Dinamik Group Berhad di makmal biologi fakulti itu pada 6 April lalu.

FSG menerusi hantaran di Facebook semalam memaklumkan cecair pembasmi kuman itu mula diedarkan Isnin lalu.

Projek diketuai Profesor Ts Dr Chan Chin Han itu adalah sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat kedua-dua pihak.


Pengarang :