ADNSELANGOR

Wakil rakyat Bukit Melawati agih bubur lambuk setiap Isnin, Khamis

SHAH ALAM, 28 APRIL: Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Melawati mengagihkan pek bubur lambuk untuk petugas barisan hadapan setiap Isnin dan Khamis sepanjang Ramadan ini, kata ahli dewan negerinya.

Juwairiya Zulkifli berkata agihan bertujuan menghargai mereka yang banyak mengerahkan tenaga mengekang penularan Covid-19.

“Edaran pek bubur lambuk juga akan diberi kepada penghuni di rumah kebajikan sekitar DUN Bukit Melawati. Semoga bantuan ini sedikit sebanyak dapat berikan kegembiraan,” katanya di Facebook.

Semalam, Pejabat DUN Bukit Melawati mengedarkan 1,000 set pek bubur lambuk kepada petugas barisan hadapan sekitar kawasan terbabit.


Pengarang :