ADNSELANGOR

Wakil rakyat Kampung Tunku tawar bantuan susu, lampin bayi

SHAH ALAM, 30 APRIL: Dewan Undangan Negeri (DUN) Kampung Tunku mengalu-alukan penduduk di bawah pentadbirannya yang terkesan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) memohon bantuan bayi, kata ahli dewan negerinya.

Lim Yi Wei berkata bantuan merangkumi pemberian lampin dan susu bayi kepada keluarga yang kurang berkemampuan atau hilang sumber pendapatan ketika PKP.

Beliau berkata inisiatif di bawah Kerajaan Negeri dan Pusat Wanita Berdaya Selangor dibuat bagi meringankan beban keluarga yang mempunyai anak kecil.

“Kita menyasarkan kira-kira 200 keluarga sekitar DUN Kampung Tunku dapat dibantu. Penduduk dialu-alukan untuk memohon secepat mungkin,” katanya kepada SelangorKini.

Antara syarat-syarat permohonan adalah terbuka kepada yang menetap di Kampung Tunku iaitu SS1, SS2, SS3, SS91, Seksyen 20, Seksyen 21 dan Seksyen 22.

Pemohonan harus dibuat menerusi WhatsApp atau khidmat pesanan ringkas kepada Nalina di talian 012-591 8028 atau Shida 014-368 7348 dengan menyertakan nama ibu atau bapa, salinan kad pengenalan, salinan sijil lahir, alamat dan nombor telefon.


Pengarang :