ADN Rawang, Chua Wei Kiat menyantuni warga emas di Rawang. Foto ihsan Chua Wei Kiat
ADNSELANGOR

Wakil rakyat Rawang edar lebih 5,000 penutup mulut

SHAH ALAM, 13 APRIL: Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) Rawang mengedarkan lebih 5,000 penutup mulut dan hidung serta 1,000 barangan keperluan asas sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ahli Dewan Negerinya, Chua Wei Kiat berkata edaran itu dilaksanakan secara berperingkat mengikut kawasan dan telah dimulakan sejak PKP fasa pertama dilaksana.

“Kita akan meneruskan sumbangan dari semasa ke semasa bagi membantu meringankan beban penduduk yang mungkin ada dalam kalangan mereka telah terputus sumber pendapatan dan bekalan makanan,” katanya kepada SelangorKini.

Wei Kiat juga meminta rakyat untuk terus kekal berada di rumah dan patuhi peraturan diperintahkan kerajaan ketika PKP yang bakal memasuki fasa ketiga Rabu ini.

Jelasnya, ini adalah masa terbaik untuk rantaian wabak Covid-19 diputuskan dan kehidupan masing-masing akan kembali seperti biasa selepas ini.


Pengarang :