Petugas SELCARE melakukan saringan Covid-19 pandu lalu di Dewan Raja Muda Musa Seksyen 7, Shah Alam pada 19 April 2020. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENSISELANGOR

Warga Hulu Selangor jom buat saringan Covid-19 percuma, esok

SHAH ALAM, 21 APRIL: Warga Hulu Selangor diminta untuk bersama memainkan peranan tangani Covid-19 dengan melakukan saringan percuma esok di Bukit Beruntung Golf Club.

Perkhidmatan itu menyediakan dua sesi iaitu bermula jam 9 pagi hingga 12 tengah hari dan 2 petang hingga 6 petang.

Penduduk di Pangsapuri Kenanga, Pangsapuri Cempaka dan Pangsapuri Dahlia dialu-alukan juga untuk hadir.

Golongan berisiko tinggi seperti warga emas dan mereka yang mempunyai simptom demam, batuk, selesema dan sakit tekak digalakkan melakukan saringan.

Sehingga kini, inisiatif Kerajaan Negeri itu telah berjaya melaksanakan saringan ke atas 3,011 individu di daerah Hulu Langat dan Petaling.

Untuk keterangan lanjut anda boleh hubungi 013-247 7426.


Pengarang :