Yide menyampaikan sumbangan kepada mangsa Arifin Rahmat selepas kediamannya di Batu 6 Gonbak terbakar Sabtu lalu. Foto ihsan Yide
AGENSI SELANGOR

Yide bantu mangsa kebakaran di Gombak

SHAH ALAM, 22 APRIL: Yayasan Islam Darul Ehsan (Yide) semalam menyumbang barang keperluan asas dan wang tunai kepada sebuah keluarga selepas rumah mereka di Jalan Kampung Kerdas Batu 6, Gombak terbakar Sabtu lalu.

Yide dalam kenyataan memaklumkan sumbangan tersebut salah satu inisiatif membantu mangsa ditimpa musibah terutama di Selangor.

“Mangsa dikenali Arifin Rahmat memaklumkan kebakaran berlaku dengan pantas dan struktur dua rumah miliknya hampir keseluruhan hangus terbakar. Punca kebakaran masih dalam siasatan bomba.

“(Bagaimanapun) mangsa yang mendiami rumah tersebut lebih 30 tahun bersyukur kerana tiada kemalangan jiwa,” katanya memaklumkan bantuan diberi setelah menerima maklumat daripada wakil kariah Ahli Masjid Lama Batu 6 Gombak.

Orang ramai boleh berkongsi maklumat sekiranya berlaku musibah atau malapetaka di kawasan masing-masing dengan menghubungi talian 017-756 9476.


Pengarang :