Pegawai Hal Ehwal Kebajikan Yide Muhammad Zubair Azizan (kanan) menyerahkan sumbangan kepada mangsa kebakaran di Jalan Kampung Kerdas Batu 6, Gombak pada 21 April 2020. Foto Ihsan Yide
AGENSISELANGOR

Yide hulur barang asas, wang tunai bantu mangsa kebakaran

SHAH ALAM, 27 APRIL: Yayasan Islam Darul Ehsan (Yide) menghulurkan bantuan barang keperluan asas dan wang tunai kepada sebuah keluarga yang terjejas ditimpa musibah kebakaran di Jalan Kampung Kerdas Batu 6, Gombak dekat sini baru-baru ini.

Agensi itu dalam kenyataan memaklumkan sumbangan segera diberi kepada mangsa, Arifin Rahmat, selepas pihaknya menerima maklumat daripada wakil kariah Ahli Masjid Lama Batu 6 berhubung kejadian terbabit.

“Sumbangan ini bertepatan dengan fokus utama Yide untuk membantu mangsa ditimpa musibah khususnya di Selangor. Kita akan terus tekad membantu mereka yang memerlukan,” katanya.

Sumbangan tersebut disampaikan pegawai Hal Ehwal Kebajikan Yide, Muhammad Zubair Azizan.

Sementara itu, Arifin berkata kebakaran pada 18 April lalu berlaku dengan pantas sehingga menyebabkan hampir keseluruhan struktur dua rumah miliknya hangus.

Bagaimanapun, beliau yang mendiami rumah berkenaan lebih 30 tahun bersyukur kerana kejadian itu tidak mengakibatkan sebarang kemalangan jiwa.


Pengarang :