Yide menyumbangkan sut perlindungan diri kepada pusat dialisis di Kuala Selangor dan Sungai Besar pada 21 April 2020. Foto ihsan Yide
AGENSISELANGOR

Yide sumbang sut khas kepada dua pusat dialisis

SHAH ALAM, 21 APRIL: Yayasan Islam Darul Ehsan (Yide) semalam menyumbang sut pakaian perlindungan diri kepada pusat dialisis seliaannya di Kuala Selangor dan Sungai Besar.

Pengurus Besarnya Nur Mohd Razali Abdullah berkata sumbangan melalui Tabung Covid-19 Majlis Agama Islam Selangor untuk kegunaan petugas barisan hadapan di situ.

“Sumbangan ini sebagai tanda sokongan dan penghargaan kepada kakitangan pusat khidmat dialisis yang turut sama bertugas ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan,” katanya dalam kenyataan.

Pada masa sama, Yide turut menyerahkan 278 set makanan ringan kepada Pusat Perlindungan Baitul Ehsan, Pusat Pemulihan Baitul Islah dan Baitul Iman di Hulu Selangor dan Sabak Bernam.

Sumbangan boleh dibuat melalui http://fpx.mais.gov.my/epay/sedekah.php atau pindahan wang ke akaun Bank Islam Malaysia Berhad (12038010134961) atas nama Mais (nyatakan Tabung Sumbangan Covid-19).

Untuk maklumat lanjut mengenai peranan Yide, boleh hubungi ibu pejabat di talian 03-5510 3931, e-mel [email protected] atau layari www.yide.com.my


Pengarang :