Pengurus Operasi Yide, Md Arifin Jaafar (tengah) menyerahkan cecair pembasmi kuman dan topeng muka kepada seorang petugas barisan hadapan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang pada 3 April 2020. Foto ihsan Yide
AGENSISELANGOR

Yide terus beri sumbangan kepada hospital

SHAH ALAM, 5 APRIL: Tiga hospital utama di Selangor menerima cecair pembasmi kuman dan topeng muka sumbangan Yayasan Islam Darul Ehsan (Yide) kelmarin, kata pengurus besarnya.

Nur Muhd Razali Abdullah berkata penerima sumbangan ialah Hospital Shah Alam, Hospital Sungai Buloh dan Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang.

“Agihan ini hasil sumbangan Tabung Prihatin Covid-19 Majlis Agama Islam Selangor (Mais) sebagai tanda penghargaan kepada mereka yang bertungkus-lumus mengekang wabak berkenaan.

“Malah, setiap usaha kakitangan barisan hadapan seharusnya dipuji dan disanjung tinggi. Kita harap bantuan ini meringankan beban mereka,” katanya kepada SelangorKini hari ini.

Sumbangan tersebut disampaikan pengurus operasi Yide, Md Arifin Jaafar.

Yide turut mempelawa orang ramai terus menyalurkan bantuan kepada Tabung Prihatin Covid-19 Mais melalui http://fpx.mais.gov.my/epay/sedekah.php atau pindahan wang ke nombor akaun Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) (12038010134961) atas nama Majlis Agama Islam Selangor (Nyatakan:Tabung sumbangan Covid19).


Pengarang :