Ketua Jabatan Operasi Agihan Daerah Gombak Muhd Salahuddin Azmi Muhd Ali menyerahkan bantuan kecemasan kepada keluarga mangsa kebakaran pada 10 April 2020. Foto Facebook LZS
AGENSISELANGOR

Zakat Selangor hulur bantuan kepada keluarga mangsa kebakaran

GOMBAK, 13 APRIL: Nasib malang sebuah keluarga mangsa kebakaran di Gombak Utara di sini pada 9 April lalu mendapat pembelaan apabila menerima bantuan wang tunai RM500 daripada Lembaga Zakat Selangor (LZS).

LZS dalam kenyataan memaklumkan sumbangan awal kecemasan diserahkan Ketua Jabatan Pengurusan Operasi Agihan Daerah Muhd Salahuddin Azmi Muhd Ali ketika menziarahi keluarga mangsa Jumaat lalu.

“Kita akan menyalurkan baki sumbangan kepada mangsa, Wan Syaima Syiren terus ke dalam akaun beliau.

”Sumbangan ini diharap dapat menghilangkan sedikit keresahan dan kita mendoakan beliau sekeluarga tabah serta sabar atas musibah yang menimpa,” kata agensi itu di Facebook.

Menceritakan insiden tersebut, LZS memaklumkan kebakaran kira-kira jam 4 pagi dikenal pasti berpunca daripada litar pintas.

“Ketika kejadian, beliau (Wan Syaima) dan suami serta dua orang anak tidur di dalam satu bilik sekeluarga.

“Suaminya terjaga selepas terhidu asap tebal dan mendapati hampir keseluruhann rumah terbakar, beliau terpaksa melompat keluar dari rumah di tingkat 1 dengan dibantu jiran,” katanya.


Pengarang :