Petugas perubatan melakukan saringan Covid-19 melalui kaedah pandu lalu di Dewan Raja Muda Musa Seksyen 7, Shah Alam pada 20 April 2020. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

16 lagi positif Covid-19 di Selangor, Kuala Langat daerah pertama zon hijau

SHAH ALAM: Terdapat pertambahan 16 kes positif Covid-19 di Selangor setakat jam 6.30 petang tadi menjadikan jumlah keseluruhan kini 1,580 kes.

Mengikut statistik Bilik Gerakan Covid-19 Selangor, kes-kes baharu membabitkan tiga daerah iaitu Hulu Langat (14), Petaling (1), Hulu Selangor (1).

“Jumlah kematian kekal 20 mangsa selain negeri ini mempunyai 222 kes masih aktif,” katanya.

Sementara itu, Pasukan Petugas Pencegahan Covid-19 Selangor (STFC) menerusi Twitternya malam ini memaklumkan Kuala Langat menjadi daerah pertama memasuki zon hijau di Selangor.

Berdasarkan mukim pula, Selangor mempunyai 32 kawasan zon hijau, terbaharu membabitkan Bagan Nakhoda Omar dan Tanjung 12 sementara Hulu Yam pula kembali menjadi zon kuning.

Kementerian Kesihatan Malaysia menetapkan sesuatu kawasan sebagai zon merah apabila mempunyai lebih 40 kes sementara zon kuning 20 hingga 40 kes. Tiada atau bawah 20 kes dikatogeri zon hijau.


Pengarang :