Petugas perubatan melakukan saringan Covid-19 melalui kaedah pandu lalu di Dewan Raja Muda Musa Seksyen 7, Shah Alam pada 20 April 2020. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

20 kes baharu Covid-19 di Selangor, jumlah kini 1,693

SHAH ALAM, 22 MEI: Kes baharu positif Covid-19 di negeri ini mencatatkan 20 kes sehingga jam 12 tengah hari tadi berbanding lapan semalam, kata Pasukan Petugas Pencegahan Covid-19 Selangor (STFC).

Menerusi Twitter, STFC memaklumkan perkembangan itu sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kes adalah 1,693.

“Kes baharu meningkat ketara berbanding semalam. Warga Selangor diingatkan tidak merentas negeri. Berdisiplinlah,” kata agensi berkenaan.

Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini memaklumkan terdapat 78 kes baharu positif Covid-19 menjadikan jumlah kumulatif meningkat 7,137 manakala jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan adalah 1,163.

Sementara terdapat satu kematian sekali gus jumlah meningkat kepada 115.


Pengarang :