Seramai 380 keluarga Orang Asal sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Tua dan Gombak Setia menerima bantuan barang basah sumbangan Pejabat Menteri Besar dan DUN Sungai Tua pada 3 Mei 2020.
AGENSISELANGOR

380 keluarga Orang Asal di Sungai Tua, Gombak Setia terima barang basah

SHAH ALAM, 3 MEI: Seramai 380 keluarga Orang Asal sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Tua dan Gombak Setia menerima bantuan barang basah hari ini.

Setiausaha Politik Kawasan Dato’ Menteri Besar, Rahim Ahmad Kasdi berkata sumbangan dua ekor ayam, sekilo ikan pelaling, sayur kubis bulat dan lobak disumbangkan Pejabat Menteri Besar dan Pejabat DUN Sungai Tua.

“Pemberian ini membabitkan keluarga dari tiga kampung sekitar Gombak Setia dan satu kampung di Sungai Tua. Dijangka bekalan boleh bertahan lebih seminggu,” katanya kepada Selangorkini.

Rahim berkata sebelum ini semua keluarga berkenaan menerima sumbangan barang basah seperti beras, biskut, minyak dan gula.

“Penerima ini terkesan dengan penularan Covid-19. Ada yang kerja mencari buluh dan pencuci pejabat tetapi sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan mereka tidak lagi berkerja,” katanya.


Pengarang :