Datuk Bandar Petaling Jaya Dato’ Mohd Sayuthi Bakar (hadapan) bersama sebahagian penerima Sumbangan Tautan Kasih di Ibu Pejabat MBPJ pada 15 Mei 2020. Foto ihsan Facebook MBPJ
PBTSELANGOR

50 penduduk Petaling Jaya terima sumbangan sempena Aidilfitri

SHAH ALAM, 16 MEI: Seramai 50 penduduk di sekitar Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) menerima RM250 melalui program Sumbangan Tautan Kasih sempena Syawal 2020 di sini semalam.

Pihak berkuasa tempatan itu memaklumkan bantuan disasarkan kepada golongan berpendapatan rendah (B40) termasuk ibu tunggal, warga emas dan keluarga yang mempunyai tanggungan ramai.

Semua penerima terdiri daripada komuniti di Taman Medan, Desa Mentari, Lembah Subang 1 dan 2 termasuk Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kota Damansara.

Sumbangan disampaikan Datuk Bandar Petaling Jaya Dato’ Mohd Sayuthi Bakar.


Pengarang :