Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah bercakap semasa sidang media harian berkenaan jangkitan Covid-19 di Kementerian Kesihatan pada 7 Mei 2020. Foto BERNAMA
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

68 pesakit baharu Covid-19, 88 pulih – Dr Noor Hisham

SHAH ALAM, 8 MEI: Sebanyak 88 kes positif Covid-19 pulih dan dibenarkan keluar hospital hari ini,  menjadikan jumlah keseluruhan sembuh 4,864 kes, kata ketua pengarah kesihatan.

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata setakat jam 12 tengah hari tadi, sebanyak 68 kes baharu dikesan dengan 57 kes membabitkan warga asing.

“Angka kesluruhan pesakit Covid-19 kini meningkat kepada 6,535 kes. Sebanyak 1,564 kes disahkan aktif dan berkebolehjangkitan namun pesakit berkenaan diasingkan dan diberi rawatan,” kata beliau pada sidang media harian mengenai Covid-19 di Putrajaya hari ini.

Menurutnya, empat daripada kes baharu adalah kes import manakala 64 kes penularan tempatan dengan tiga kes membabitkan daripada kluster dan lokaliti di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Kata Noor Hisham, 18 kes masih dirawat di unit rawatan rapi dengan tujuh daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

“Tiada kematian baharu direkodkan. Ini menjadikan jumlah mangsa korban kekal 107,” katanya.


Pengarang :