Petugas KKM memasuki kawasan sekitar perkampungan di Chow Kit untuk memanggil penduduk melakukan saringan Covid -19 bagi membendung wabak tersebut ketika tinjauan pada 7 Mei 2020. Foto BERNAMA
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

77 kanak-kanak di Selangor positif Covid-19, tertinggi dalam negara

SHAH ALAM, 16 MEI: Selangor merekodkan jumlah kes positif Covid-19 tertinggi dalam kalangan kanak-kanak bawah 12 tahun iaitu 77 daripada keseluruhan 317 kes setakat hari ini, kata ketua pengarah kesihatan.

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata ia diikuti Negeri Sembilan yang mencatatkan 48 kes, Johor (46), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya (28) serta Sabah (26).

“Tiada kes kematian positif Covid-19 dicatatkan dalam kalangan kanak-kanak berumur bawah 12 tahun di negara ini,” kata beliau pada sidang media di Putrajaya hari ini.

Noor Hisham berkata kanak-kanak dan bayi memerlukan ibu bapa, penjaga serta ahli keluarga yang lebih tua untuk melindungi mereka daripada dijangkiti wabak berkenaan.

“Ibu bapa dan penjaga perlu memberi didikan kepada kanak-kanak supaya mereka dapat mengamalkan tahap kebersihan tinggi, sentiasa mencuci tangan dengan air dan sabun serta digalakkan memakai pelitup muka di kawasan umum.

“Masyarakat juga disaran membantu melindungi golongan terbabit dengan mengelakkan daripada berada dalam jarak kurang satu meter termasuk jangan membawa kanak-kanak ke tempat awam,” katanya.


Pengarang :