Suasana ketika Saringan Komuniti Covid-19 secara pandu lalu inisiatif Kerajaan Negeri bersama Klinik Selcare dan dipantau oleh Pejabat Kesihatan Daerah di Seksyen 7, Shah Alam pada 18 April 2020. Foto ASRI SAPFIE/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

96 pesakit pulih, 67 kes baharu – Dr Noor Hisham

SHAH ALAM, 10 MEI: Seramai 96 pesakit Covid-19 pulih dan dibenarkan keluar hospital hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan sembuh sebanyak 5,025 kes, kata ketua pengarah kesihatan.

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata setakat jam 12 tengah hari tadi, 67 kes baharu dikesan dengan 49 daripadanya membabitkan warga asing.

“Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 1,523 kes dan mereka sudah diasingkan serta diberi rawatan,” katanya pada sidang media mengenai Covid-19 di Putrajaya hari ini.

Beliau berkata seramai 18 kes positif sedang dirawat di unit rawatan rapi dengan enam daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

“Tiada kes kematian baharu direkodkan. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian kekal sebanyak 108 kes atau 1.62 peratus daripada jumlah keseluruhan kes,” katanya.

 


Pengarang :