Ahli Dewan Undangan Negeri Lembah Jaya menyerahkan sumbangan susu dan lampin kepada penduduk DUN Lembah Jaya
ADNSELANGOR

ADN Lembah Jaya hulur bantuan, sumbangan Pusat Wanita Berdaya

SHAH ALAM, 6 MEI: Ahli Dewan Negeri Lembah Jaya menyerahkan bantuan susu dan lampin pakai buang kepada penduduk di Dewan Undangan Negeri (DUN) Lembah Jaya semalam.

Haniza Mohamed Talha berkata bantuan berkenaan disumbangkan Pusat Wanita Berdaya (PWB) DUN berkenaan.

“Bantuan turut diserahkan kepada seorang ibu tunggal yang tinggal bersama lima anaknya. Mereka tidak ada kenderaan untuk bergerak, jadi saya hantarkan bantuan terus ke rumahnya.

“Apabila ditanya bagaimana dia keluar membeli barang keperluan, katanya dia menumpang kawan-kawan sekitar dan jiran. Alhamdulillah, masyarakat kita hidup saling membantu,melihat keperluan jiran dan tidak lokek berkongsi rezeki,” tulisnya di Facebook.

Selain itu Haniza turut menyampaikan baucar Jom Shopping Raya Aidilfitri kepada penduduk yang terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Baucar boleh digunakan sehingga hujung Mei di pasar raya yang telah ditetapkan. Semoga bantuan ini sedikit sebanyak meringankan beban perbelanjaan mereka,” katanya.


Pengarang :