Pengunjung pasar raya Giant di Seksyen 7, Shah Alam menjalani pemeriksaan suhu badan dan mematuhi jarak sosial sebelum dibenarkan masuk ke premis itu pada 5 Mei 2020. Foto ASRI SAPFIE/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Amal ‘3S’ sebelum masuk premis – STFC

SHAH ALAM, 15 MEI: Semua pemilik premis di Selangor dinasihatkan supaya mengamalkan langkah 3S (sanitize, suhu dan scan) pengunjung sebelum membenarkan mereka memasuki premis.

Pasukan Petugas Pencegahan Covid-19 Selangor (STFC) berkata langkah pertama yang perlu dilakukan ialah pengurus premis hendaklah menyediakan cecair pembasmi kuman dan meminta pengunjung mencuci tangan menggunakan cecair itu terlebih dahulu.

“Langkah kedua, imbas suhu badan, sekiranya bacaan melebihi 37.5 Celcius, minta individu berkenaan pulang dan mendapatkan rawatan.

“Terakhir, minta pengunjung imbas kod QR pada aplikasi SELangkah (Langkah Masuk Dengan Selamat), elak guna pen untuk mengurangkan transmisi Covid-19,” katanya menerusi Twitter.

Pada 4 Mei lalu, Kerajaan Negeri memperkenalkan SELangkah iaitu sistem pendaftaran keluar masuk individu ke premis perniagaan atau jabatan kerajaan bagi menjejak jangkitan Covid-19.

Konsep SELangkah bertujuan melindungi premis perniagaan, pelanggan dan pasukan barisan hadapan dengan mudah dan pantas.


Pengarang :