Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berucap pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat telesidang bersama Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) dan Ahli Dewan Negeri di Bilik Gerakan Negeri, SUK Shah Alam pada 4 Mei 2020. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Catat satu angka kes Covid-19, perkembangan positif – MB

SHAH ALAM, 26 MEI: Dato’ Menteri Besar menyifatkan catatan sembilan kes positif baharu Covid-19 setakat jam 12 tengah hari tadi sebagai perkembangan yang baik di Selangor.

“Setelah empat hari berturut-turut kes baharu catat dua angka, hari ini perkembangan positif (catat satu angka),” kata Dato’ Seri Amirudin Shari menerusi Twitter.

Sembilan kes itu adalah tiga kes penularan tempatan iaitu masing-masing satu di Hulu Langsat, Petaling dan Klang manakala enam yang lain adalah kes import dengan lima dari Arab Saudi dan satu Rusia.

Pasukan Petugas Pencegahan Covid-19 Selangor (STFC) menerusi medium sama memaklumkan ia adalah corak baharu dengan penurunan ketara berbanding 53 kes semalam dengan kes keseluruhan di negeri itu sebanyak 1,838.


Pengarang :