Pekerja Kenanga Wholesale City beratur untuk menyukat suhu badan sebelum masuk ke dalam premis sebagai syarat dan tatacara operasi piawai (SOP) ditetapkan ketika tinjauan pada 5 Mei 2020. Foto BERNAMA
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Cegah Covid-19, elak sesak, sempit dan sembang dekat

SHAH ALAM, 17 MEI: Kementerian Kesihatan (KKM) menasihatkan orang ramai mengamalkan norma baharu dengan mengelak 3S (sesak, sempit dan sembang dekat) bagi mencegah penularan Covid-19.

KKKM menerusi Twitter memaklumkan langkah pertama yang perlu dilakukan ialah elak tempat sesak, kedua elak tempat sempit dan tertutup serta terakhir elak dari bersembang secara dekat-dekat.

“Langkah pencegahan adalah cara terbaik bagi menghindar dijangkiti wabak berkenaan. Kita perlu hidup dengan virus ini sehinggalah vaksin atau ubat merawat penyakit ini dihasilkan,” katanya.

Semalam Malaysia mencatatkan 17 kes baharu Covid-19 sekali gus menjadikan jumlah kes positif sebanyak 6,872.


Pengarang :