Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah bercakap semasa sidang media harian berkenaan jangkitan Covid-19 di Kementerian Kesihatan pada 7 Mei 2020. Foto BERNAMA
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Covid-19: 16 kes baharu, kes harian terendah

SHAH ALAM, 12 MEI: Terdapat 16 kes baharu Covid-19 dikesan hari ini dengan sembilan kes membabitkan warga asing, kata ketua pengarahnya.

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata ini merupakan kes harian terendah yang pernah dicatatkan sejak kebelakangan ini.

Beliau setakat jam 12 tengah hari tadi, sebanyak 110 pesakit pulih dan dibenarkan keluar hospital menjadikan jumlah keseluruhan sembuh 5,223 kes.

“Daripada 16 kes baharu, tiga kes import dan 13 kes penularan tempatan, menjadikan jumlah kes positif di negara ini adalah sebanyak 6,742 kes.

“Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan adalah 1,410 kes manakala 16 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan tiga memerlukan bantuan pernafasan,” katanya pada sidang media di Putrajaya hari ini.

Beliau berkata dimaklumkan tiada kes kematian Covid-19 hari ini dan jumlah kumulatif kes kekal 109.

 


Pengarang :