Penduduk di sekitar Pasar Jalan Othman menjalankan rutin harian seperti biasa selepas Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di kawasan tersebut ditamatkan tengah malam tadi ketika tinjauan pada 21 MEI 2020. FOTO: BERNAMA
AGENSISELANGOR

Covid-19: Kes baharu di Selangor turun kepada lapan kes

SHAH ALAM, 21 MEI: Kes baharu positif Covid-19 di Selangor didapati turun kepada lapan kes sehingga jam 12 tengah hari ini berbanding 15 kes semalam, kata Pasukan Petugas Pencegahan Covid-19 Selangor (STFC).

Menerusi Twitter, STFC berkata ia sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kes wabak itu di negeri itu 1,673.

Pada masa sama, agensi itu turut membidas sikap degil segelintir masyarakat yang masih tetap mahu pulang ke kampung.

“Sebahagian warganegara degil merentas negeri untuk beraya di kampung. Perbuatan ini sangat tidak bertanggungjawab,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini memaklumkan terdapat 50 kes baharu positif Covid-19 menjadikan jumlah kumulatif meningkat kepada 7,059 manakala jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan adalah 1,149.


Pengarang :