Datuk Dr Noor Hisham Abdullah pada sidang media harian berkaitan jangkitan Covid-19 di KKM pada 29 April 2020. Foto BERNAMA
AGENDA BERITA UTAMA NASIONAL

Covid-19: KKM kesan kluster pengawal keselamatan

SHAH ALAM, 7 MEI: Kementerian Kesihatan (KKM) mengenal pasti kluster baharu melibatkan pengawal keselamatan di pusat beli-belah di Cheras, Kuala Lumpur, kata ketua pengarah kesihatan.

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, sehingga jam 12 tengah hari tadi, sebanyak 10 kes direkodkan iaitu membabitkan seorang rakyat tempatan manakala sembilan warga Nepal yang tinggal di kediaman sama.

“Punca jangkitan masih dalam siasatan. Saringan dilakukan terhadap rakan serumah, pengawal keselamatan lain dan pekerja pasar raya terbabit.

“Setakat ini, 436 telah disaring. Seramai 10 positif, 347 negatif dan 79 lagi menunggu keputusan,” kata beliau pada sidang media harian mengenai Covid-19 di Putrajaya hari ini.

Tambah Dr Noor Hisham kluster berkenaan akan dipantau Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Cheras dan Titiwangsa.

“Kesemua kontak rapat setiap kes dipanggil untuk tujuan saringan dan pendidikan kesihatan juga diberikan,” katanya.

Kementerian Kesihatan hari ini melaporkan sebanyak 6,467 kes direkodkan manakala 4,776 kes pulih dan dibenarkan keluar hospital.


Pengarang :